Saturday, June 27, 2009

Intai-Intai Jabatan Perikanan

FAQ JABATAN PERIKANAN

Soalan : Bagaimana cara menternak ikan keli dalam kanvas?
Jawapan : Ikan keli boleh diternak dalam takungan seperti kolam, tangki gentian kaca (fibre glass), tangki simen dan tangki kanvas. ternakan menggunakan sistem kanvas merupakan satu inovasi baru untuk bidang akuakultur dan telah dimulakan sejak 2006. Ternakan dijalankan dalam set ternakan dengan bingkai berukuran 4.5m x 1.2m x 1m dan diliputi dengan kanvas yang berkualiti tinggi dan tahan kepada perubahan cuaca. Kedalaman air dalam takungan kanvas adalah 0.4m. Benih ikan keli bersaiz 3 inci atau 10gm ke atas dilepaskan dengan kadar pelepasan 129ekor/m2. Ikan-ikan ini diberi makan dengan makanan rumusan bagi menjamin kualiti ikan yang diternak dan menjaga tempoh guna sistem tersebut. Tempoh ternakan ikan keli ini adalah selama 3 bulan untuk mencapai saiz pasaran (6ekor/kg). Harga seunit tangki dianggarkan RM1,200.00 – RM2,400.00. Set ternakan boleh diperolehi melalui pembekal-pembekal yang disyorkan oleh Jabatan Perikanan. Senarai hatceri yang mengeluarkan benih ikan keli boleh diperolehi daripada Pejabat Perikanan Daerah di setiap negeri. Jabatan juga telah menghasilkan risalah untuk rujukan penternak. Pamplet berkenaan boleh diperolehi daripada Pejabat Perikanan Negeri atau daripada Bahagian Pengurusan Maklumat Perikanan, Unit Penerbitan, Ibu Pejabat Perikanan,Putrajaya.

Soalan : Bagaimana cara menternak ikan air tawar dalam tangki simen?
Jawapan : Ternakan ikan air tawar seperti ikan Tilapia Merah, Keli dan Puyu boleh dijalankan dalam tangki simen atau konkrit yang bersaiz 500m2 (50m x10m). Dianggarkan kos pembinaan tangki simen adalah diantara RM8,000 – RM10,000 seunit lengkap dengan inlet dan outlet. Adalah disyorkan stocking atau tebaran benih ikan bagi sistem tangki simen ialah 15 ekor/m2. Cara pemberian makanan dan pengurusan air adalah sama seperti sistem-sistem lain dan keutamaan diberikan kepada makanan rumusan. bagi ternakan dalam tangki simen, adalah dicadangkan digunakan alat pengudaraan tambahan, seperti paddle wheel atau blower bagi meningkatkan kadar hidup (survival rate) ikan. Jabatan Perikanan Malaysia juga ada menawarkan kursus berjadual dan latihan sangkut bagi sektor akuakultur tetapi terhad kepada sistem kolam tanah, tangki simen dan sangkar sahaja. Untuk memohon mengikuti kursus, boleh dilakukan secara dalam talian atau berurusan dengan Pejabat Perikanan Daerah. Penternak boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai tangki berkenaan daripada Pejabat Perikanan Negeri yang berhampiran. Alamat bagi PPN boleh diperolehi daripada laman web Jabatan Perikanan Malaysia. http://www.dof.gov.my > direktori


Soalan : Apakah bantuan yang boleh diperolehi daripada jabatan Perikanan bagi bidang akuakultur?
Jawapan : 1) Khidmat nasihat dan teknikal dari semasa ke semasa 2) Bantuan pinjaman peralatan untuk sistem ternakan, bergantung kepada jenis dan kos yang diperuntukkan kepada Jabatan. 3) Bantuan teknikal dari segi kajian mutu air, kajian tanah dan kajian tapak 4) Bekalan benih percuma bagi penternak kecil dan kali pertama memohon serta terhad bagi pusingan pertama sahaja. 5) Latihan sangkut dan kursus akuakultur Untuk memohon bantuan sila hubungi Pejabat Perikanan Daerah berhampiran dengan kawasan projek atau Pejabat Perikanan Negeri atau Ibu pejabat Perikanan sendiri. Alamat dan no telefon boleh diperolehi daripada laman web Jabatan di http://www.dof.gov.my > Direktori > Alamat pejabat perikanan daerah dan negeri.

2 comments:

  1. Pelajari kaedah dan cara-cara memulakan penternakan ikan keli dengan mudah melalui Ebook "Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli". Panduan yang padat dengan maklumat bermanfaat yang akan membimbing anda dari langkah pertama sehingga berjaya. Klik link berikut untuk maklumat lanjut:

    http://www.ternakkeli.com/index.php?ref=matnoor78

    ReplyDelete
  2. wah, pakai ebook? beli kat kedai tak sampai rm50 pun..

    ReplyDelete