Tuesday, December 8, 2009

Benih Keli 2009

Benih Keli Trip Terakhir 2009

Kami akan membeli benih kali terakhir pada tahun ini pada 9hb Disember ini, benih berikutnya dijadualkan 2 bulan lagi memandangkan benih-benih tidak dikeluarkan pada musim air sejuk di Thailand. Booking boleh dibuat segera.

Sunday, November 22, 2009

Hilux

Huhuhu.. Penang kalau nak pi sana jangan la naik hilux.. hhaha.. tol mahai.. mahal sekupang dua tak pa la, mahal 5 hinggit dari keta biasa.. bodo punya penang bridge.. haiway utara selatan cas hilux cas keta biasa ja..

Wednesday, November 18, 2009

nasib tak baik

baru2 ni kami ambil benih dari siam, mulanya ok, tetapi makin hari kadar kematian meningkat mendadak dan luarbiasa, ingatkan tempat aku je problem, rupanya sah la penyakit.. habis kawan2 yang turut beli turut mengalami nasib yang sama.. pengalaman, zullizam member baru nak mula dah alami kerugian.. aku punyalah check air la, fikir macam2 apa la punca mati banyak sangat ikan dia.. macam2 buat bagi kualiti air cantik.. rupanya kolam master di batu lintang turut terjejas.. aduhai..

Friday, October 23, 2009

Borong Keli

Bagi Jualan Keli besar kepada kami, keli2 yang bersaiz 5 ekor/kg adalah RM3.00 manakala bagi 6-7 ekor/kg - RM2.80/kg dan 8 ekor keatas - RM2.50/kg.

Harap Maklum..

Saturday, August 8, 2009

Dream Car!!



Menuju Impian!!

Kereta idaman dah ada so kena kerja keras la nak bayar bulan2.. usaha tangga kejayaan..

Monday, July 27, 2009

Grading

Macam mana nak grading keli saiz 2-3 inci, 4-5 inci?

Tuesday, July 21, 2009

Keli Pacak..

Inilah pengalaman ngeri keli pacak.. hasil kecuaian akibat silap transportation.. 3000 jahanam.. pengalaman, pengalaman.. aduhsss..


Keli Panggang..

Keli panggang.. Nyata berbeza hasil makan pelet.. isi tak hancur, lemak pun tak ada.. isi sedap..


Keli Panggang Simple..
Resipi:
  1. ikan keli
  2. asam jawa
  3. garam
  4. kunyit
Ikan keli dicuci dengan asam jawa, buang perut dan insang, dan dikelar isi.. cuci cuci bersih.
lumurkan kunyit, garam secukup rasa, biarkan selama 10 minit..
bakar sehingga isi masak..

Thursday, July 16, 2009

Jalan-Jalan

Harga keli bela syok2 kat pudu..


Wednesday, July 8, 2009

pelet keli untuk tempahan


kami sedia menerima sebarang tempahan pelet dengan % PROTEIN pilihan anda..
RM2.20 per kilo.. minimum 10kg..

Tuesday, July 7, 2009

5,000





5000 benih 2.5 - 3 inchi telah di masukkan pada 06 Julai 2009..
petang tadi juga aku dah dapatkan antioksida untuk pelet.. esok nak proses..

Monday, July 6, 2009

Jualan Pelet..

Kepada penternak lain yang ingin mengunakan pelet ini, boleh membuat tempahan, kadar protein boleh di 'adjas' mengikut kehendak anda. Dengan harga yang berpatutan dan tidak membebankan penternak.

Special Offer

BENIH KELI SAIZ 2.5 - 3 inci
HARGA RM0.085
SAH SEHINGGA 14 JULAI 2009..

HUBUNGI JIMI 012-4677205, HJ RAHIM.. 019-5459913

Thursday, July 2, 2009

Buat Pelet

Sekarang tengah proses buat makanan sendiri..





Saturday, June 27, 2009

Intai-Intai Jabatan Perikanan

FAQ JABATAN PERIKANAN

Soalan : Bagaimana cara menternak ikan keli dalam kanvas?
Jawapan : Ikan keli boleh diternak dalam takungan seperti kolam, tangki gentian kaca (fibre glass), tangki simen dan tangki kanvas. ternakan menggunakan sistem kanvas merupakan satu inovasi baru untuk bidang akuakultur dan telah dimulakan sejak 2006. Ternakan dijalankan dalam set ternakan dengan bingkai berukuran 4.5m x 1.2m x 1m dan diliputi dengan kanvas yang berkualiti tinggi dan tahan kepada perubahan cuaca. Kedalaman air dalam takungan kanvas adalah 0.4m. Benih ikan keli bersaiz 3 inci atau 10gm ke atas dilepaskan dengan kadar pelepasan 129ekor/m2. Ikan-ikan ini diberi makan dengan makanan rumusan bagi menjamin kualiti ikan yang diternak dan menjaga tempoh guna sistem tersebut. Tempoh ternakan ikan keli ini adalah selama 3 bulan untuk mencapai saiz pasaran (6ekor/kg). Harga seunit tangki dianggarkan RM1,200.00 – RM2,400.00. Set ternakan boleh diperolehi melalui pembekal-pembekal yang disyorkan oleh Jabatan Perikanan. Senarai hatceri yang mengeluarkan benih ikan keli boleh diperolehi daripada Pejabat Perikanan Daerah di setiap negeri. Jabatan juga telah menghasilkan risalah untuk rujukan penternak. Pamplet berkenaan boleh diperolehi daripada Pejabat Perikanan Negeri atau daripada Bahagian Pengurusan Maklumat Perikanan, Unit Penerbitan, Ibu Pejabat Perikanan,Putrajaya.

Soalan : Bagaimana cara menternak ikan air tawar dalam tangki simen?
Jawapan : Ternakan ikan air tawar seperti ikan Tilapia Merah, Keli dan Puyu boleh dijalankan dalam tangki simen atau konkrit yang bersaiz 500m2 (50m x10m). Dianggarkan kos pembinaan tangki simen adalah diantara RM8,000 – RM10,000 seunit lengkap dengan inlet dan outlet. Adalah disyorkan stocking atau tebaran benih ikan bagi sistem tangki simen ialah 15 ekor/m2. Cara pemberian makanan dan pengurusan air adalah sama seperti sistem-sistem lain dan keutamaan diberikan kepada makanan rumusan. bagi ternakan dalam tangki simen, adalah dicadangkan digunakan alat pengudaraan tambahan, seperti paddle wheel atau blower bagi meningkatkan kadar hidup (survival rate) ikan. Jabatan Perikanan Malaysia juga ada menawarkan kursus berjadual dan latihan sangkut bagi sektor akuakultur tetapi terhad kepada sistem kolam tanah, tangki simen dan sangkar sahaja. Untuk memohon mengikuti kursus, boleh dilakukan secara dalam talian atau berurusan dengan Pejabat Perikanan Daerah. Penternak boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai tangki berkenaan daripada Pejabat Perikanan Negeri yang berhampiran. Alamat bagi PPN boleh diperolehi daripada laman web Jabatan Perikanan Malaysia. http://www.dof.gov.my > direktori


Soalan : Apakah bantuan yang boleh diperolehi daripada jabatan Perikanan bagi bidang akuakultur?
Jawapan : 1) Khidmat nasihat dan teknikal dari semasa ke semasa 2) Bantuan pinjaman peralatan untuk sistem ternakan, bergantung kepada jenis dan kos yang diperuntukkan kepada Jabatan. 3) Bantuan teknikal dari segi kajian mutu air, kajian tanah dan kajian tapak 4) Bekalan benih percuma bagi penternak kecil dan kali pertama memohon serta terhad bagi pusingan pertama sahaja. 5) Latihan sangkut dan kursus akuakultur Untuk memohon bantuan sila hubungi Pejabat Perikanan Daerah berhampiran dengan kawasan projek atau Pejabat Perikanan Negeri atau Ibu pejabat Perikanan sendiri. Alamat dan no telefon boleh diperolehi daripada laman web Jabatan di http://www.dof.gov.my > Direktori > Alamat pejabat perikanan daerah dan negeri.

Wednesday, June 24, 2009

Kemasukan keli tidak di duga..

Keli telah pun masuk ke kolam.. semuanya secara tidak sengaja, salah seorang customer telah memanggil kami untuk membeli ikan besar, tetapi apabila di timbang keseluruhannya ada 100 kilo.. 50kg matang dan 50kg tak matang.. so aku terpaksa beli bagi mengurangkan kerugian customer yang tidak membuat grading semasa membela ikan, kali ini sahaja sebagai pengalaman aku, kepada penternak dan customer yang lain, tolong buat grading ye, kalau tak, rugi la.. sepatutnya boleh raih keuntungan tetapi berlaku kerugian..Proses Penggredan tanpa alatan lengkap..


50Kg Keli.

Sunday, June 21, 2009

alhamdulillah, kolam keli dah siap dan kolam pun dah terisi..










Thursday, May 7, 2009

Ternakan Keli

Di ingatkan kepada para penternak baru, sambutan memang menggalakkan dalam bidang penternakan keli ini, di tambah pula pelbagai kaedah mudah yang di war-warkan oleh pelbagai pihak, namun setiap usaha yang dilakukan mungkin berbuah kekecewaan dan tidak menjadi.

Adalah dinasihatkan supaya penternak2 baru dapat memahami dan mengetahui tentang selok belok penternakan ikan keli ini. Mengetahui bagaimana hidup ikan keli ini, menjadi advantage untuk menternaknya.

Bak kata pepatah, " Bukan Senang Nak Senang dan Tidak Susah Mahu Susah".

Wednesday, April 29, 2009

Kursus Ternakan Ikan Air Tawar MEGA AGROBANK - DIMENSI REBANA

Bengkel Usahawan MEGA Utusan - Ternakan Air Tawar telah selesai di adakan pada 25-27 di Hotel Seri Malaysia, SP. Pihak Dimensi Rebana - Hj Hanafiah, Acai, Jabatan Perikanan, Agro Bank, MayConsult dengan jayanya memberi satu info dan input yang amat berguna tentang ternakan ikan terutamanya ikan ketutu, haruan, keli, puyu dan lain-lain..

Friday, April 17, 2009

Magic Grow

Satu Kaedah secara organik mengunakan pemangkin makanan dalam air, sama seperti organik tetapi modal awalan agak besar, kena bagi makan, kena grading, ingat nak cuba jugak la teknik ni.. hari tu keluar dalam buletin utama, dicipta oleh seorang lawyer di selayang, selangor. Insyallah aku nak pi melawat dan cuba menggunakan produk ni..

Saturday, March 21, 2009

Benih Keli

Kami akan membuat pembelian benih keli dari Siam pada 24hb Mac. Sesiapa yang ingin mendapatkan benih sila hubungi kami.
Maklumat Pembelian:
Saiz Benih: 2.5 Inci.
Harga : RM 0.08
(Harga setelah masuk kolam: RM0.095
Quota Tempahan: 100,000
Telah Ditempah: 30,000 ekor
Baki : .70,000 ekor
-EXPIRED-

Friday, March 13, 2009

Awas! Keli Di Pasar Awam..

Berhati-hati ketika membeli keli di pasar-pasar awam, pagi tadi saya pergi membeli ikan dan sayur di pasar awam Sungai Petani, seorang peniaga yang juga rakan, berniaga ikan laut dan juga ada ikan keli, sambil menyembang ada sorang cina datang hantar keli kepada nya, aku tanya kat Din, Sekilo berapa dia bagi? Din jawab lagi, "RM3..", Huh.. Murah betul cina ni supply.. "Kolam dia kat mana?". Din jawab, "Kg Selamat".. ha!! kampung selamat???!! Tasek Gelugor, Penang.. aku terbayang persekitaran kat sana, aku selalu pi sana beli buluh buat pancang pokok, huh, penuh kandang babi.. bau persekitaran yang meloyakan.. aku terus bagitau din, better pi tengok kolam depa dulu.. Kepada penjual ikan keli, pastikan anda tahu sumber keli yang anda jual.. jangan hanya kejar keuntungan menjual ikan yang terlalu organik, pastikan ianya bersih.. Harga keli di market tu sekilo RM5.00,

terfikirkah anda semua bahawa bagaimana kaum cina boleh jual dengan harga yang jauh murah dari harga orang melayu, kepada peniaga, support lah penternak se agama kita.. jual makanan yang bersih tanpa was-was..

Petikan dari soleh.net..
"Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama kira-kira sebulan. Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada badan, peha dan tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif dan alhamdulillah ubat yang serasi ialah dengan mandi air rebusan daun-daun.

Ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout dan sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat lainnya.

Beberapa bulan lepas saya ada ke Jabatan Perikanan untuk berbincang tentang projek ternak ikan keli. Mengikut fakta, ramai pengusaha memberi makan bangkai ayam & palet sebagai makanan keli.

Menurut pegawai itu lagi, beberapa ujian DNA dibuat ke atas keli ternak dan didapati ada DNA khinzir. Setelah dikaji, kemungkinan besar DNA khinzir tu berpunca dari palet makanan.

Palet juga merupakan makanan kpd ayam daging, dan DNA khinzir juga terdapat pada ayam ini. Ada sesetengah pegawai di jabatan itu yang dah berhenti makan ayam, keli apatah lagi.." -untuk bacaan lanjut sila link ke sini

Wednesday, March 4, 2009

Benih Keli

3 Mac 2009

150,000 benih telah selamat di import dari Siam..






next trip pada 8 hb mac.(EXPIRED)
sapa nak benih ikan boleh order, by call and sms, deposit for booking..
call untuk info..

Thursday, February 26, 2009

Pembikinan Kolam Keli

Kat Sungai Layar, tapak ladang cili aku tu, ada bekas tapak rumah yang sesuai di buat kolam, so aku tak cakap banyak, terus transformers jadi kolam.



Kolam ni saiz dia 10x12x4.. tambah bata tutup keliling, on progress..















Sunday, February 8, 2009

Produk Organik Untuk Keli/Lintah






Produk ni merupakan satu produk organik yang menghasilkan keadaan persekitaran dalam kolam ternak keli/lintah ni seperti habitat asal. dimana organik menghasilkan protein makanan yang sentiasa berada di dalam air kolam.. maknanya makanan sentiasa ada dan ikan tidak berebut/bersaing untuk mendapat makanan.
kelebihan produk ini sekiranya berkesan ia
1: dapat menjimat KOS, MASA, dan TENAGA.
2: Air dijamin bersih dan tidak berbau.
3: Tidak perlu tukar air sehingga ikan matang (tambah air sahaja) dan tak perlu tukar air untuk masuk benih baru ke kolam sediaada. hanya tambah bahan organik.
4: Tiada proses grading (semua keli membesar sekata, tiada saingan dalam mendapatkan makanan seperti mana pelet)
5: Keuntungan tinggi (modal rendah).

produk ini secara teorinya dapat menjimatkan kos, masa, dan tenaga penternak..
kami sebagai wakil jualan sekarang ini masih mencuba pada 5000 benih baru yang dimasukkan pada hari khamis yang lepas..
sesiapa berminat boleh rujuk web www.yatilintah.com
kalau sesiapa di sungai petani nak dapatkan produk ini, boleh call jimi rashdan- 0124677205 atau Hj Rahim - 019-4417764.
Kami juga ada menjual pakej - kanvas, benih, dan organik pada mereka yang ingin menceburkan diri dalam penternakan keli ini.

Saturday, January 31, 2009

TERNAKAN KELI







Penternakan keli secara komersial, kolam atau kanvas memberikan satu peluang perniagaan yang agak memuaskan.

So, penternakan keli ini masih dalam peringkat awal perancangan. Buat masa ini saya hanya membekalkan benih keli kepada sesiapa yang berminat. Harga benih RM0.07 je seekor.. so 1,000 baru RM70.00, and kalau 10,000 ekor baru rm700.00... aku pulak nak bela tempat tak siap2 lagi, insyallah menjelang bulan 3 aku nak bela 5,000 ekor, time tu tempat dah ada..

Tentang makanan ikan plak aku ingat nak supply jugak kat diorang makanan organik bagi keli, kalau 5,000 ekor benih keli tu, kos makanan HANYA RM225.00 selama 4 BULAN.. sapa nak boleh hubungi aku.. (5kg Organik B1=2000 keli)

Kiraan di atas kertas,
modal ikan 5,000 ekor = RM350.00
modal makan ikan = RM225.00
Total = RM 575.00

Purata berat ikan 4 bulan = 200g
5,000 ekor ikan x 200g = 1,000,000g = 1,000 kg
1,000 kg x RM3/kg = RM3,000.00

Sememangnya nampak best je nilai tu.. kalau nak tahu dapat ke tidak nilai tu jom la try buat.. anda beli benih dari kami, kami beli semula dari anda ikan2 yang dah besar sekiranya anda tiada pasaran untuk dijual atau tiada peraih yang membeli dari anda, kami membeli semula dengan harga RM3.00 per kg.